Malaysia Oversight

Pirate Queen: Zheng Yi Sao Ialah Filem Gen AI Pertama Ditayangkan Di Pawagam Malaysia

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Pirate Queen: Zheng Yi Sao Ialah Filem Gen AI Pertama Ditayangkan Di Pawagam Malaysia



Pirate Queen Zheng Yi Sao poster

Pirate Queen: Zheng Yi Sao Ialah Filem Gen AI Pertama Ditayangkan Di Pawagam Malaysia

January 5, 2026
Kecerdasan Buatan
Kreatif

Effi Saharudin

Tahun 2025 melihat studio dan produksi tidak lagi malu menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif dalam kandung yang diterbitkan mereka. Di Netflix babak kesan khas siri Eternaut dijana menggunakan AI dan Malaysia pula filem Abu Si Raksasa menjadi yang pertama menggunakan gen AI bagi menghasilkan kesa khas. Pada 1 Januari lalu, filem Pirate Queen: Zheng Yi Sao menjadi filem pertama yang dijana sepenuhnya menggunakan AI generatif ditayangkan di layar perak Malaysia.

Pirate Queen: Zheng Yi Sao diterbitkan hasil kerjasama studio tempatan Future Studio dan FizzDragon dari Singapura. Ia menceritakan kisah hidup ratu lanun Zheng Yi Sao yang hidup antara 1775–1844 dengan beliau mengawal laluan perkapalan Laut Selatan. Di kemuncak kuasa, Zheng Yi Sao mengetuai armada dengan 400 kapal dan sehingga 70,000 lanun.

Filem epik Pirate Queen: Zheng Yi Sao hanya menelan belanja sekitar SGD 900,000 (~RM 2.8 juta) untuk dihasilkan dengan laman IMDB menunjukkan ia mempunyai 8 pengarah. Model gen AI manakah yang digunakan untuk menghasilkan Pirate Queen: Zheng Yi Sao tidak didedahkan oleh Future Studio dan FizzDragon.

Sambutan penonton orang ramai kepada filem pertama dijana gen AI sepenuhnya ini akan menjadi kayu pengukur sama ada wujud pasaran untuk filem yang tidak mempunyai penglibatan pelakon atau pelakon suara manusia di Malaysia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link