Malaysia Oversight

Petkit Melancarkan Mesin Makanan Basah Automatik Untuk Kucing

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Petkit Melancarkan Mesin Makanan Basah Automatik Untuk Kucing


Petkit Melancarkan Mesin Makanan Basah Automatik Untuk Kucing

January 5, 2026
Lain-lain

Effi Saharudin

Kucing tidak lagi dilihat sebagai semata-mata sebagai haiwan peliharaan dengan “ibu bapa” moden melayan bebulus seperti anak sebenar. Oleh itu aksesori yang menjadikan proses menjaga kucing kini semakin popular dengan saya sendiri memiliki mesin makanan, mesin minuman dan tandas kucing automatik di rumah. Di CES 2026, Petkit melancarkan dua mesin makan dan minum kucing terbaru mereka.

image 11

Yang menarik perhatian saya ialah mesin makanan basah automatik Petkit Yumshare Daily Feast. Ia boleh memberikan makanan basah kepada kucing sehingga 7 hari. Baki makanan yang tidak habis dimakan akan dibuang secara automatik dengan lampu UV akan memastikan kebersihan mangkuk makanan sebelum makanan baharu ditambah.

Ia dilengkapi kamera FHD dengan lensa 140-darjah yang mengenal pasti kucing berbeza di rumah dan menjejak tabiat pemakanan mereka. Petkit berkata Yumshare Daily Feast akan ditawarkan terus kepada pengeluar makan kucing supaya pek makanan kegemaran kucing boleh dijual terus kepada pelanggan,

image 12

Turut dilancarkan ialah mesin air pancut Petkit Eversweet Ultra yang dilengkapi bekalan air sehingga 14 hari. Air yang telah disalurkan ke mangkuk minuman tidak akan dikitar semula ke dalam tangki. Ia akan disalurkan ke bekas air buangan bagi memastikan air minuman kucing sentiasa segar.

Ia turut dilengkapi kamera 1080P dengan lensa sudut lebar serta pandangan malam. Kamera boleh mengenalpasti wajah setiap kucing dan menjejak kekerapan air diminum bagi tujuan kesihatan. Setiap Petkit Eversweet Ultra dijual pada harga $200 (~RM 813)sebuah bermula April 2026.



Source link