Perodua Sewakan Bateri Untuk Kereta Elektrik Perodua QV-E Pada Harga RM275 Sebulan
Aman
Perodua hari ini secara rasminya telah memperkenalkan kereta elektrik pertama mereka, dinamakan Perodua QV-E. Ia ditawarkan pada harga RM80,000.
Salah satu perubahan yang hadir dalam penawaran kereta elektrik Perodua ini adalah bateri untuk kenderaan ini ditawarkan secara sewaan berasingan. Perodua mengatakan mereka menjanjikan prestasi bateri melalui penawaran berasingan ini, selain membolehkan pengguna tidak perlu risau nilai susut kenderaan disebabkan oleh penggunaan bateri.

Perodua membolehkan pengguna menukar bateri secara percuma sekiranya kesihatan bateri jatuh dibawah 70% dalam tempoh tertentu, selain jualan kenderaan Perodua QV0E juga adalah melalui platform yang disediakan Perodua untuk menjamin nilai pasaran semula.
Bateri berkenaan disewakan pada harga RM275 sebulan, tanpa termasuk kiraan SST 8%. Harga jualan kenderaan RM80,000 adalah tidak termasuk sewaan bateri. Seperti biasa, sekiranya anda membuat pinjaman untuk kenderaan, maka ia tidak termasuk harga bateri yang ditawarkan berasingan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






