Perodua Akan Matikan Fungsi Menghidupkan Kenderaan Sekiranya Gagal Bayar Sewa Bateri Selama 2 Bulan Berturut
Aman
Perodua kini telah menerbitkan helaian maklumat produk memfokuskan bateri pada laman rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan apakah yang hadir bersama-sama penawaran sewa bateri mereka untuk kenderaan elektrik terbaru, Perodua QV-E.
Menurut Perodua, pengguna akan sewa bateri selama 9 tahun atau 108 bulan, dengan bayaran sebanyak RM275 sebulan. Untuk bayaran pertama, pengguna akan perlu membayar sewa tiga bulan, iaitu RM825 sebelum menerima kenderaan. Bayaran tiga bulan ini akan ditolak pada baki akhir kelak. Semua bayaran perlu dibayar sebelum 5 haribulan setiap bulan.

Pada terma penawaran juga, Perodua turut menyatakan sekiranya pengguna gagal membayar sewa selama dua bulan berturut, maka Perodua akan mematikan fungsi menghidupkan kenderaan, atau operasi bateri pada kenderaan. Dan perjanjian sewa akan dibatalkan sekiranya gagal membayar selama tiga bulan berturut.
Perodua turut menyatakan mereka akan memberikan kontrak sewa baharu selepas selesai tempoh perjanjian 9 bulan, yang menawarkan kapasiti bateri lebih tinggi. Walaubagaimanapun, sekiranya kesihatan bateri adalah lebih 70%, maka pengguna dibenarkan menggunakannya tanpa bayaran bulanan sehingga kesihatan bateri jatuh dibawah 70%.
Anda boleh membaca perjanjian penuh berkaitan bateri ini melalui laman rasmi Perodua hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






