Malaysia Oversight

Perkhidmatan Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 1 Julai Ini

By Amanz in June 21, 2025 – Reading time 1 minute
Perkhidmatan Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 1 Julai Ini


Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan kembali beroperasi pada 1 Julai ini. Ini diumumkan hari ini oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas projek naik taraf Aerotrain memasuki fasa akhir dan melalui beberapa siri ujian keselamatan termasuk Ujian Tindak Balas Kecemasan (ERP).

Aerotrain KLIA 2025 B
Rekaan Aerotrain baharu

Aerotrain dihentikan operasi sejak Mac 2023 kerana pelbagai isu kerosakan memandangkan ia sudah terlalu usang. Ia memulakan operasi pada tahun 1998 dengan ia menyambungkan terminal utama dengan terminal satelit A.

Dalam sejarah operasi selama 25 tahun, berlaku beberapa insiden kerosakan yang menyebabkan operasi dihentikan seketika. Sejak operasi dihentikan untuk pergi ke terminal satelit A, penumpang biasa perlu menaiki bas sementara perkhidmatan kenderaan mewah ditawarkan untuk penumpang kelas perniagaan.

Malaysia Airport Holdings Berhad mengumumkan tahun lalu Aerotrain tersebut akan siap digantikan pada 31 Januari. Projek ini membabitkan MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Alstom Transport Systems Sdn Bhd dan usahasama IJM Construction Sdn Bhd dengan Pestech Technology Sdn Bhd.



Source link