Malaysia Oversight

Perdana Menteri Akan Merasmikan Pembukaan Pejabat NSRC Baharu Pada Bulan Hadapan

By Amanz in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
Perdana Menteri Akan Merasmikan Pembukaan Pejabat NSRC Baharu Pada Bulan Hadapan


Perdana Menteri Akan Merasmikan Pembukaan Pejabat NSRC Baharu Pada Bulan Hadapan

December 22, 2025
Kewangan

Nazrin

Pada bulan Oktober 2022, pihak telah memperkenalkan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atau National Scam Response Centre (NSRC) untuk membantu rakyat Malaysia yang telah terkesan akibat insiden penipuan kewangan yang sering berlaku pada waktu tersebut.

Sebelum ini, pejabat NSRC terletak di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur dengan kapasiti mengambil sebanyak 300 ke 400 panggilan telefon sehari dari 8.00am ke 8.00pm setiap hari. NSRC kini telah berpindah pejabat ke Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya, menambah jumlah pekerja sepanjang masa dan kini boleh menerima sebanyak 500 ke 700 panggilan sehari.

SCAM JPJ C

Dalam satu temubual Bernama bersama Menteri Komunikasi Datuk Fadzil, beliau mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim akan merasmikan pembukaan pejabat NSRC yang baru ini pada bulan depan, di tarikh yang akan diumumkan kelak.

NSRC dibangunkan dengan kolaborasi pelbagai badan , termasuklah SKMM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, tetapi beroperasi dibawah naungan Kementerian Dalam Negeri dan akan sentiasa dikemaskini untuk memastikan bahawa insiden-insiden berkaitan penipuan kewangan sentiasa boleh dilaporkan dengan cepat dan diselesaikan sepantas mungkin.

Bernama



Source link