
OpenAI sedia popular dengan penawaran ChatGPT, dan turut telah menyatakan hasrat untuk hadir dengan peranti AI mereka tersendiri kepada pengguna. Untuk tujuan berkenaan, OpenAI sebelum ini telah mengambil-alih syarikat milik Jony Ive, iaitu bekas perekabentuk Apple yang terkenal dengan rekaan Mac, dan iPhone.
Buat masa ini, pihak OpenAI tidak menyatakan apakah peranti yang sedang dibangunkan. Mengikut laporan sebelum ini, ia dikatakan OpenAI sedang bereksperimen dengan sejumlah rekaan dan penggunaan peranti AI mereka. Mengikut desas-desus terbaru, salah satu peranti yang sedang dibangunkan dikatakan berupa sebuah pena.
Ia tidak diketahui apakah yang akan ditawarkan melaluinya. Sebelum ini, ia diperkatakan peranti AI oleh OpenAI akan boleh mengenal-pasti keadaan sekeliling, boleh merakam, dan turut mudah dibawa di sakut. Peranti berkenaan dikatakan tidak akan menggantikan telefon pintar, sebaliknya menjadi pelengkap untuk telefon pintar.
Disamping itu, desas-desus terbaru ini turut mengatakan OpenAI akan guna khidmat Foxconn untuk pengeluaran, dan menyasarkan untuk melakukan pengeluaran di luar China supaya tidak terkesan dengan perang dagangan, dan juga tarif tinggi terhadap produk mereka.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan produk pertama OpenAI ini.






