Peranti Android Juga Akan Dikenakan Tarif Minima 25% Jika Tidak Dikilangkan Di Amerika
May 24, 2025
•
Effi Saharudin
Semalam Presiden Donald Trump mengingatkan Tim Cook sekiranya iPhone tidak dikilangkan di Amerika Syarikat, tarif minima 25% akan dikenakan ke atas peranti yang diimport untuk pasaran tempatan. Dalam sebuah sidang media, Trump turut menegaskan selain Apple, pengeluar peranti Android seperti Samsung turut akan dikenakan tindakan yang sama jika arahan ini tidak dipatuhi.

Tiada tempoh masa diberikan oleh Trump sebelum tarif dikenakan. Proses membina kilang di Amerika Syarikat dan membina rantaian bekalan tempatan pastinya mengambil masa beberapa tahun. Sejak dari awal lagi Trump mengatakan tarif tinggi diperkenalkan bagi memberikan tekanan kepada syarikat untuk memindahkan pengeluaran ke Amerika.
Apple telahpun menyatakan hasrat memindahkan pengilangan dari China ke India dan Vietnam untuk produk pasaran Amerika bagi mengelakkan tarif tinggi yang dikenakan ke atas China. Dengan pengumuman semalam, masalah yang memeningkan Apple kini akan turut menimpa Samsung, Nothing, Motorola dan OnePlus yang melihat Amerika sebagai pasaran utama mereka.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.