Malaysia Oversight

Penyelenggaraan Berjadual Di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) Sehingga 30 November 2025

By Amanz in June 6, 2025 – Reading time 1 minute
Penyelenggaraan Berjadual Di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) Sehingga 30 November 2025


Automotif

Penyelenggaraan Berjadual Di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) Sehingga 30 November 2025

June 6, 2025

Amy Maizuraa

Tidak hanya pada musim perayaan malahan merancang perjalanan seharian juga adalah keperluan untuk hari yang lancar.

Untuk makluman, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) sedang melaksanakan penyelenggaraan berjadual dari 3 jun hingga 30 November 2025. Penutupan lorong akan dilakukan secara berperingkat di kedua-dua arah yang melibatkan laluan antara KM0.1 hingga KM21.9; KMB0.0 hingga KMB0.8; KMS0.0 hingga KMS2.2; dan KMP0.0 hingga KMP3.3.

jalan.jpeg

Kerja penyelenggaraan ini melibatkan penutupan semula jalan dan penandaan garisan yang akan dijalankan setiap malam dari pukul 10:00 malam hingga 6:00 pagi. Pihak Besraya akan memberikan makluman terkini mengenai penutupan lorong melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna jalan raya sentiasa peka.

Pengguna jalan raya turut disarankan agar mematuhi segala arahan yang dipaparkan dan boleh menghubungi pihak berkaitan melalui talian hotline Besline di 1-800-88-0999 untuk sebarang pertanyaan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link