Malaysia Oversight

Penguatkuasaan Penuh Sistem Pengurusan Trafik KLIA Bermula Hari Ini

By Amanz in December 1, 2025 – Reading time 1 minute
KLIA Mula Menguji Sistem VAMS Untuk Kawal Trafik Di Laluan Hadapan Terminal


Penguatkuasaan Penuh Sistem Pengurusan Trafik KLIA Bermula Hari Ini

December 1, 2025
Pengangkutan

Amy Maizuraa

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini melaksanakan penguatkuasaan penuh sistem pengurusan trafik baharu Vehicle Access Management System (VAMS) selepas tempoh percubaan selama tiga bulan yang menunjukkan pengurangan kesesakan di kawasan tepi jalan.

Malaysia Airports Holding Berhad MAHB 1

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaskan bahawa sepanjang tempoh percubaan, tingkah laku pemandu menunjukkan perubahan jelas apabila jumlah kenderaan yang melebihi had masa 10 minit di lorong hantar dan ambil penumpang berkurang daripada 50% kepada 21%.

Menurut Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani, hasil tersebut menekankan keperluan penguatkuasaan penuh bagi memastikan kelancaran trafik, khususnya menjelang musim perjalanan hujung tahun serta sebagai persediaan menyambut Visit Malaysia 2026.

Malaysia Airports Holding Berhad MAHB 2 edited

Sistem ini menggunakan teknologi pengecaman nombor plat untuk merekod masa masuk kenderaan, lalu secara automatik mengira tempoh berada di kawasan tersebut.

Seterusnya, pengguna diberikan tempoh percuma selama 10 minit. Selepas itu, mereka akan dikenakan penalti antara RM10 hingga RM100 bergantung pada tempoh tambahan manakala bayaran boleh dibuat melalui Touch ‘n Go, kad kredit atau MyDebit.

Sementara itu, bagi pemandu yang memerlukan masa tambahan, MAHB menyediakan pilihan alternatif seperti Parkir Jangka Pendek (percuma 15 minit), Parkir Jangka Panjang (percuma 30 minit) dan Kawasan Menunggu Awam KLIA yang percuma.

BULETIN TV3 Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link