Malaysia Oversight

Penghantaran Telefon Pintar Global 2025 Meningkat – Apple Di Tangga Teratas

By Amanz in January 13, 2026 – Reading time 1 minute
Penghantaran Telefon Pintar Global 2025 Meningkat – Apple Di Tangga Teratas


Penghantaran telefon pintar global pada tahun 2025 dilaporkan meningkat sebanyak 2% tahun ke tahun (YoY) kerana didorong oleh permintaan terhadap peranti premium, dan disokong oleh momentum kukuh dalam pasaran membangun.

Counterpoints 2025 001A

muncul sebagai peneraju dengan pegangan pasaran sebanyak 20% serta pertumbuhan 10% tahun ke tahun. Nilai ini merupakan yang paling tinggi dalam kalangan lima jenama utama. Sementara itu, Samsung berada di kedudukan kedua dengan pegangan 19% dan pertumbuhan 5% tahun ke tahun. Pertumbuhan tersebut didorong oleh siri Galaxy A dan turut disokong oleh siri Galaxy S serta Z dalam segmen premium.

Amanz Ulasan iPhone 17 Pro 9

Xiaomi pula di kedudukan ketiga dengan pegangan pasaran sebanyak 13% hasil strategi peningkatan ke arah produk premium serta permintaan yang kukuh di pasaran membangun. Pada masa yang sama, vivo mencatatkan pertumbuhan 3% tahun ke tahun melalui strategi peningkatan ke arah produk premium dan pengukuhan saluran jualan luar talian di India.

Samsung Galaxy S25 Ultra I

Sebaliknya, Oppo merosot 4% tahun ke tahun akibat persaingan sengit di pasaran dan Asia Pasifik. Meskipun begitu, penggabungan dengan realme menjadikan entiti gabungan itu memiliki 11% pegangan pasaran. Selain daripada lima jenama utama yang dinyatakan,Nothing dan Google turut menunjukkan prestasi cemerlang dengan pertumbuhan masing-masing sebanyak 31% dan 25% tahun ke tahun.

Siri Xiaomi 15T 2

Pasaran telefon pintar pada tahun 2026 dijangka perlahan kerana berlaku kekurangan memori DRAM/NAND dan kos komponen semakin meningkat. Hal ini berlaku kerana pengeluar cip lebih mengutamakan pusat data AI berbanding telefon pintar. Harga peranti sudah mula naik dan ramalan penghantaran global untuk tahun 2026 telah dikurangkan sebanyak 3%.

Counterpoint Research



Source link