Malaysia Oversight

Pengguna Kini Boleh Tambah Nilai Dompet Setel Menggunakan Wang Tunai

By Amanz in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
Pengguna Kini Boleh Tambah Nilai Dompet Setel Menggunakan Wang Tunai


Pengguna Kini Boleh Tambah Nilai Dompet Setel Menggunakan Wang Tunai

December 18, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Boleh tambah nilai dompet Setel dengan tunai? Anda tidak salah baca kerana Setel kini memperkenalkan ciri baharu Cash Top-Up. Melaluinya, pengguna boleh melakukan tambah nilai menggunakan wang tunai di stesen Petronas seluruh negara sekali gus menyediakan pilihan tambahan menarik khususnya sewaktu menghadapi masalah talian.

Ciri ini juga sangat bermanfaat kerana membolehkan pengguna menikmati kemudahan serta ganjaran terus daripada aplikasi Setel tanpa memerlukan perbankan dalam talian atau kad. Cash Top-Up turut menyelesaikan isu baki e-Dompet yang tidak digunakan selepas mengisi minyak.

Setel Topup

Dengan Cash Top-Up, pelanggan hanya perlu hadir, menambah nilai menggunakan wang tunai dan terus menggunakan Setel seperti biasa. Penggunaan juga mudah kerana hanya memerlukan satu kali pengesahan akaun. Selepas itu, pelanggan boleh mengakses keseluruhan ciri dan fungsi Setel seperti pembelian bahan api (termasuk BUDI95), parkir, beli-belah dan manfaat mata ganjaran Mesra Rewards.

Kini, Cash Top-Up tersedia di lebih 1000 stesen Petronas bagi menyediakan akses mudah kepada semua pengguna termasuk mereka yang biasanya membuat pembayaran di kaunter. Bantuan turut disediakan bagi mereka yang mahu menambah nilai menggunakan tunai bagi memastikan pengalaman yang lancar tanpa sebarang kesulitan.



Source link