Malaysia Oversight

Pengecas Meja Aukey Dilengkapi Dua Kabel Terbina dan Satu Dermaga Qi2

By Amanz in January 9, 2026 – Reading time 1 minute
Pengecas Meja Aukey Dilengkapi Dua Kabel Terbina dan Satu Dermaga Qi2


Pengecas Meja Aukey Dilengkapi Dua Kabel Terbina dan Satu Dermaga Qi2

January 9, 2026
Perkakasan

Effi Saharudin

Semakin banyak pengeluar tidak lagi memberikan pengecas peranti kerana ingin mengurangkan sampah elektronik. Penyelesaian kepada isu ini ialah membeli pengecas meja dengan banyak sambungan port USB-C dan USB-A. Tetapi saya mengaku kadang kala kabel tertinggal membuatkan pengecas meja tidak boleh digunakan.

Aukey MagFusion DeskHive 5X Pro

Di CES 2026, Aukey MagFusion DeskHive 5X Pro dilancarkan dengan ia bukan sahaja menawarkan 3 port USB-C dan satu USB-A, ia turut mempunyai dua kabel USB-C terbina serta dermaga pengecasan Qi2. Keseluruhan pengecas mengeluarkan output pengecasan sehingga 200W dengan satu port USB-C boleh mengecas pada kuasa maksimum 140W manakala dermaga Qi2 pula 25W secara nirwayar.

Dua kabel USB-C terbina boleh ditarik apabila ingin digunakan atau disorok kembali untuk mengelakkan ia berselirat. Terdapat satu skrin LCD yang menunjukkan maklumat port mana sedang digunakan dan kuasa pengecasan yang sedang dilakukan. Aukey belum lagi mengumumkan harga jualan MagFusion DeskHive 5X Pro pada waktu ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link