Malaysia Oversight

Penduduk Gelang Patah Lakukan Demo Menentang Pembinaan Pusat Data

By Amanz in February 9, 2026 – Reading time 1 minute
Lebih Dua Pertiga Kapasiti Pusat Data Asia Tenggara Akan Dibina Di Malaysia


Penduduk Gelang Patah Lakukan Demo Menentang Pembinaan Pusat Data

February 9, 2026
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Penduduk di Gelang Patah, Johor menjadi yang pertama melakukan demo menentang pembinaan pusat data berhampiran tempat tinggal mereka. Menurut Bloomberg, demo dilakukan 50 orang individu mewakili 1000 penduduk yang tinggal 1 kilometer daripada tapak pembinaan pusat data milik Zdata Technologies yang berpangkalan di .

Pusat Data Center

Demo dilakukan kerana sejak pembinaan dimulakan, kualiti udara terjejas sehingga penduduk mengatakan penapis udara menunjukkan bacaan bahaya dan pakaian yang dibasuh tidak boleh dijemur di luar kerana udara berdebu. Tapak pembinaan pernah menerima notis henti kerja selama dua minggu pada penghujung 2025 kerana standard pembinaan yang lemah.

Ini adalah insiden pertama penduduk melakukan demo menentang pusat data di Malaysia. Johor ialah Jelapang Pusat Data Malaysia dengan ia mempunyai jumlah pusat data tertinggi dalam negara dengan ia diikuti pula oleh .

Kerisauan mengenai penggunaan air yang tinggi tahun lalu menyebabkan negeri Johor tidak meluluskan pembinaan beberapa pusat data Tahap 1 dan Tahap 2 yang menggunakan sehingga 50 juta liter air sehari (MLD). Ini adalah bersamaan keperluan 25 juta individu sehari. Selepas ini hanya pusat data Tahap 3 dan Tahap 4 yang menggunakan sehingga 0.2 MLD sahaja akan diluluskan.

Bloomberg



Source link