Malaysia Oversight

Pembayaran Dengan Imbasan Tapak Tangan Kini Di Malaysia Menerusi Sistem PalmWav

By Amanz in December 1, 2025 – Reading time 1 minute
Pembayaran Dengan Imbasan Tapak Tangan Kini Di Malaysia Menerusi Sistem PalmWav


Pembayaran Dengan Imbasan Tapak Tangan Kini Di Malaysia Menerusi Sistem PalmWav

December 1, 2025
Kewangan

Effi Saharudin

Kita sedia maklum setiap cap jari manusia ialah unik dengan ia boleh digunakan sebagai pengenalan diri. Dengan keunikan ini, OpenSys Technologies hari ini mengumumkan projek rintis sistem pembayaran nirtunai PalmWav dengan mengimbas keseluruhan tapak tangan.

OpenSys Palwav Tencent Cloud A

Dengan PalmWav pembeli tidak lagi perlu mengimbas kod QR menggunakan telefon atau mengeluarkan kad fizikal daripada dompet. Tapak tangan sudah cukup untuk digunakan sebagai sistem pembayaran. PalmWav menyokong pelbagai infrastruktur pembayaran di Malaysia termasuk rangkaian MyDebit oleh PayNet.

OpenSys Palwav Tencent Cloud B

Di bawah program rintis ini, pengimbas PalmWav sudahpun digunakan di kedai Kom.Fi Café, Bread Maison dan Dosz Coffee in Kuala Lumpur. Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat turun aplikasi PalmWav dengan pendaftaran telapak tangan hanya perlu dilakukan sekali di kedai yang menyokong sistem pembayaran ini.

PalmWav dikuasakan oleh teknologi Tencent Cloud yang mengenalpasti tapak tangan pengguna yang kemudian disulitkan bagi tujuan keselamatan. Sistem kemudiannya akan melakukan pengesahan dalam masa beberapa saat sahaja apabila pembayaran ini dilakukan. Teknologi yang sama menjadi tulang belakang kepada sistem Pay by Palm yang diperkenalkan Tencent di Singapura tahun lalu.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link