Malaysia Oversight

Pelanggan Maxis Berpeluang Meneroka Sejarah Pembangunan Kuala Lumpur Melalui Explore With Maxis

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 2 minute
Pelanggan Maxis Berpeluang Meneroka Sejarah Pembangunan Kuala Lumpur Melalui Explore With Maxis


Bersempena cuti sekolah hujung tahun 2025 dan awal tahun 2026, Maxis telah memperkenalkan acara meneroka sejarah bandar Kuala Lumpur yang dinamakan Explore With Maxis, iaitu sebuah program eksplorasi bandar yang diadakan dengan kerjasama bersama Think City.

image 16

Explore With Maxis merupakan sebuah lawatan bas interaktif warisan, kisah-kisah, dan lokasi tersembunyi di Kuala Lumpur Lama, iaitu kawasan-kawasan yang telah dipulihkan di bawah Warisan KL, usaha pemulihan budaya peringkat nasional melalui lawatan bas persiaran.

image 19

Program ini diadakan khusus untuk para pelanggan pra- dan pascabayar Maxis dan akan berlangsung pada 20-21 Disember 2025 dan 3-4 Januari 2026. Pengguna Maxis boleh mendaftar minat melalui aplikasi Maxis untuk memilih tarikh dan masa paling sesuai untuk mereka, dan mereka akan melawat lima lokasi di sekitar Kuala Lumpur, bermula dari Menara Maxis/Menara Berkembar Petronas.

image 17

Lokasi-lokasi ini termasuklah Dataran Merdeka Heritage Area, Masjid Jamek Observation Deck, Warung Old , Else Retreat dan menara Merdeka 118. Sebuah bas persiaran dengan dek terbuka akan membawa anda ke lokasi-lokasi ini, dimana pelanggan Maxis boleh bersiar-siar sambil mengenali lebih lanjut tentang sejarah pembangunan bandar yang dikenali sebagai Kuala Lumpur sejak awal 1900.

image 18

Disamping pemandu pelancong yang akan bercerita tentang sejarah pembangunan Kuala Lumpur, Maxis juga telah menyediakan aksesori fon telinga dengan ciri pintar yang juga akan memberi anda sedikit konteks di sebalik beberapa lokasi yang akan dilalui oleh bas di sekitar bandar Kuala Lumpur.

image 21

Dalam pada itu, setiap lokasi sewaktu acara ini juga akan hadir dengan kod QR yang boleh diimbas melalui aplikasi Maxis, khususnya ciri pembantu AI Miya yang mana anda akan menerima sebuah hadiah istimewa pada penghujung sesi kembara ini.

Dalam pada itu, Miya juga boleh menjawab pelbagai pertanyaan bukan sahaja mengenai perkhidmatan Maxis, tetapi juga tentang lokasi-lokasi di sekitar Kuala Lumpur melalui perbualan teks.

image 20

Pihak Maxis mengatakan bahawa tempahan untuk acara kembara Explore With Maxis ini sudahpun dibuka dan hampir penuh diisi. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi sekiranya Maxis akan menambahkan sesi-sesi baharu.



Source link