Malaysia Oversight

Pelancaran iPhone Mercu dan iPhone Mampu Milik Akan Dipisahkan Bermula 2026

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Pra-Tempahan Apple iPhone 17, iPhone Air Dan Siri iPhone 17 Pro Kini Dibuka – Malaysia Antara Terawal


Pelancaran Mercu dan Mampu Milik Akan Dipisahkan Bermula 2026

November 17, 2025

Effi Saharudin

Secara lazimnya melancarkan model baharu pada musim luruh iaitu September dengan model mercu iPhone Pro dan iPhone mampu milik dilancarkan serentak. Tetapi bermula tahun depan, pelancaran dua model ini akan dipisahkan menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg.

Apple iPhone 17 Pro Air

iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan sebuah iPhone lipat diramalkan dilancarkan pada musim luruh 2026. Kemudian 6 bulan selepas itu – iPhone 18, iPhone 18e dan iPhone Air 2 akan dilancarkan pula pada musim bunga 2027.

Pelancaran dalam dua tingkap berbeza ini akan meringankan beban ke atas rantaian bekalan kerana tidak semua peranti perlu dilancarkan serentak bersama dengan Watch baharu seperti sekarang. Ia juga akan mengelakkan jualan model Pro berkurangan kerana terdapat pilihan untuk model bukan Pro dan pada waktu yang sama memastikan pendapatan syarikat konsisten sepanjang tahun.

Ini ialah taktik yang sudah lama dilakukan oleh pengeluar seperti Xiaomi, Vivo dan Oppo yang menyebarkan pengenalan model baharu sepanjang tahun.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link