Malaysia Oversight

Pebble Melancarkan Cincin Pintar Index 01 

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 1 minute
Pebble Melancarkan Cincin Pintar Index 01 


Selepas muncul semula dengan jam tangan pintar tahun ini, Pebble memasuki arena cincin pintar pula dengan melancarkan Pebble Index 01. Tetapi berbeza dengan Galaxy Ring atau Aura Ring, Index 01 tidak direka untuk tujuan penjejakan kesihatan sebaliknya menjadi peranti merakam idea yang muncul di kepala.

Pebble Index 01

Pebble Index 01 dilengkapi butang dan mikrofon. Apabila ditekan pengguna boleh bercakap dan nota audio yang dirakam akan disimpan terus di dalam peranti sebelum boleh disemak semula. Ia juga boleh digunakan untuk menulis nota peringatan terus ke dalam kalender atau memulakan jam pemasa penggera. Butang yang sama turut boleh diprogramkan untuk mengawal kamera atau membuka lampu suluh.

Ia tidak memerlukan internet untuk berfungsi dan ditambat terus kepada telefon pintar. Aplikasi dilengkapi dengan LLM yang menyokong 99 bahasa bagi mengubah audio ke teks. Storan dalaman cincin pula boleh menyimpan audio sehingga 5 minit.

Tubuh diperbuat daripada besi tahan karat dengan ia turut mempunyai kemampuan kalis air. Menurut Pebble bateri Index 01 dapat bertahan sehingga beberapa setahun sebelum tanpa perlu dicas seperti cincin pintar lain. Pebble Index 01 boleh ditempah pada harga permulaan $75 (~RM 308) sebelum meningkat ke $99 (~RM 407) apabila dijual secara terbuka pada Mac 2026.



Source link