Malaysia Oversight

PDRM Beri Amaran Penipuan “Panggilan Senyap” Yang Mengklon Suara Menggunakan AI

By Amanz in December 15, 2025 – Reading time 1 minute
ChatGPT Memperkenalkan Ciri Keselamatan Untuk Pengguna Remaja Menjelang Penghujung 2025


PDRM Beri Amaran Penipuan “Panggilan Senyap” Yang Mengklon Suara Menggunakan AI

December 15, 2025
Kecerdasan Buatan
Lain-lain

Effi Saharudin

Angkat tangan dan kaki sekiranya anda pernah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali dan apabila diangkat pemanggil membisu. Saya secara peribadi menerima panggilan seperti ini hampir setiap hari sejak 6 bulan lalu. Kini sebab “panggilan senyap” ini dilakukan akhirnya didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bot Tengkorak telefon mati

Menurut Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Cheras, Inspektor Tai Yong Keong – penjenayah menanti penerima panggilan untuk bercakap dan kemudian merakam suara mereka. Menerusi perisian kecerdasan buatan (AI), suara yang dirakam kemudiannya akan diklon untuk melakukan panggilan penipuan scam ke atas keluarga atau sanak saudara terdekat. Suara klon akan meminta bantuan kononnya diculik atau dalam situasi kecemasan. Bagi menyelamatkan mereka, ahli keluarga perlu memindahkan wang ke nombor akaun yang diberikan dengan segera.

Ini adalah evolusi seterusnya scam mencuri identiti yang sebelum ini menghantar teks menggunakan SMS atau WhatsApp untuk tujuan yang sama. Walaupun masih tiada laporan taktik mengklon suara menggunakan AI ini berjaya menipu ahli keluarga, orang ramai masih diminta berhati-hati apabila mengangkat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

Google Pixel mempunyai ciri Call Screen yang menapis panggilan scam seperti ini menggunakan Gemini. Malang sekali ciri ini hanya boleh digunakan peranti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia, Ireland, Itali dan Sepanyol sahaja.

Bernama



Source link