PayNet Mengemaskini Rekabentuk Baharu Untuk Papan Diri DuitNow QR
Aman
PayNet hari ini mengumumkan rekaan baharu untuk standee atau papan diri untuk DuitNow QR. Melaluinya, ia memperlihatkan rekaan moden, penekanan pada logo DuitNow, dan pada masa yang sama memberikan lebih kebolehlihatan dan juga keseragaman untuk piawaian QR kebangsaan.

Ia ditekankan yang mana kemaskini ini lebih kepada aspek visual sahaja, dan tiada perubahan pada penawaran lain. Langkah pengenalan ini adalah lebih kepada usaha untuk menyeragamkan semua kod QR yang dipaparkan pada lokasi jualan.
PayNet mengatakan langkah pelaksanaan ini telah dimulakan sejak Oktober 2025 lepas, termasuk bersama dengan antara bank terawal melaksanakannya adalah RHB Bank Berhad, Bank Islam Malaysia, MBSB Bank dan juga Agrobank. Bank lain dijangka akan menyusuli tidak lama lagi, termasuk oleh CIMB, Public Bank, Hong Leong Bank, AmBank, Bank Simpanan Nasional dan Bank Muamalat Malaysia. Bank lain akan mengikuti selepasnya.
Para penjual digalakkan untuk menggunakan rekaan baharu papan diri ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





