Malaysia Oversight

Pas My50, Rapid Kota dan Rapid Kembara Tidak Boleh Dibeli Menerusi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop Bermula Esok

By Amanz in December 30, 2025 – Reading time 1 minute
Pas My50, Rapid Kota dan Rapid Kembara Tidak Boleh Dibeli Menerusi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop Bermula Esok


My50, Rapid Kota dan Rapid Kembara Tidak Boleh Dibeli Menerusi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop Bermula Esok

December 30, 2025
Aplikasi
Pengangkutan

Effi Saharudin

Pembelian dan penebusan My50, Rapid Kota dan Pas Rapid Kembara melalui aplikasi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop akan diberhentikan bermula 31 Disember 2025. Rapid KL mengatakan selepas pembelian pas My50 hanya boleh dilalukan menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL dan hab-hab bas terpilih.

rapid KL My50 rapid Kota Rapid Kembara

Untuk pas Rapid Kota dan Rapid Kembara pula, pembelian hanya boleh dilakukan menerusi kaunter khidmat pelanggan Rapid KL dan hab-hab bas terpilih sahaja bermula esok. Dengan pengumuman ini, diharap pelanggan menyedari sokongan pembelian menerusi dua aplikasi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop tidak lagi boleh dilakukan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link