Malaysia Oversight

Pandang Pertama Poco F8 Pro – Rekaan Lebih Premium

By Amanz in November 26, 2025 – Reading time 4 minute
Pandang Pertama Poco F8 Pro – Rekaan  Lebih Premium


Poco baru-baru ini telah memperkenalkan dua model utama terbarunya, iaitu Poco F8 Pro dan F8 Ultra. Berdasarkan pandangan pertama, kedua-dua telefon ini mengekalkan reka bentuk yang serupa dengan K90, dengan gabungan reka bentuk moden, prestasi mantap, dan kamera serbaguna yang sesuai untuk penggunaan harian. 

image 27

Menjelang pelancarannya di Malaysia, saya berkesempatan melihat Poco F8 Pro secara langsung. Bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai model baharu ini, berikut adalah pengalaman awal penggunaan saya, yang merangkumi aspek fizikal peranti serta beberapa ciri utama yang ditawarkan oleh POCO F8 Pro.

SPESIFIKASI

Poco F8 Pro
Skrin 6.59″ AMOLED, 120Hz Dolby Vision, HDR10+
Pemproses Snapdragon 8 Elite (3nm)
Cip 2 x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L  6 x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M 
Cip Grafik Adreno 830
RAM 12GB LPDDR5X
Muatan Dalaman 256/512GB UFS 4.1
Kamera Utama 50MP f/1.9, OIS (Sudut Lebar) 8MP f/2.2 (Ultra Lebar) 50MP f/2.2 (Telefoto) 8K@30fps
Kamera Swafoto 20MP FHD 60FPS
Bateri 6210 mAh Pengecasan berwayar 100W Pengecasan berbalik 22.5W
SIM/Telefoni Nano/eSIM
NFC Ya
Bicu Audio Tiada
Kalis Air IP68
Sistem Imbasan Pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik Imbasan wajah
Harga Jualan RM2499 (12/256 GB) RM2699 (12/512 GB)

REKAAN dan SKRIN

Poco F8 Pro hadir dengan rekaan yang lebih kemas, nipis dan premium dengan ketebalan hanya 8.0mm. Walaupun membawa binaan yang lebih elegan, ia masih mengekalkan ketahanan melalui penarafan IP68, menjadikannya selamat digunakan dalam pelbagai keadaan harian.

image 25

Bahagian skrin pula menjadi salah satu tarikan utama. Panel AMOLED 6.59 inci yang digunakan menyokong kadar segar semula adaptif 1Hz hingga 120Hz bersama kecerahan puncak sehingga 3000 nits, memberikan paparan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik. 

Dengan bezel yang semakin nipis, pengalaman tontonan terasa lebih imersif. Bukan itu sahaja, ia turut menyokong kadar mengesan sentuhan 2560Hz untuk permainan video yang memerlukan kejituan. Disamping itu panel skrin juga boleh memaparkan kandungan Dolby Vision dan HDR10+.

image 28

Seterusnya, Poco F8 Pro ini juga turut menggunakan skrin Corning Gorilla Glass 7i yang dikatakan telah menerima pengiktirafan pensijilan TUV Rheinland yang baik untuk penjagaan mata sepanjang hari.

Prestasi dan Perisian

Dari segi janaan kuasa, Poco F8 Pro dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dibina melalui proses 3nm. Prestasi awal menunjukkan cip ini mampu memberikan kuasa yang konsisten untuk semua jenis penggunaan, sama ada untuk penggunaan multi-tugasan mahupun permainan grafik tinggi.

Dengan pilihan konfigurasi 12GB RAM LPDDR5X dan 1TB storan UFS 4.1, pengalaman keseluruhan juga terasa lancar. Cip Snapdragon 8 Elite mungkin sudah berusia setahun tetapi ia masih lagi mampu menawarkan prestasi tinggi untuk menjalankan aplikasi-aplikasi lazim.

image 30

Menurut Poco, jenama ini dilihat telah mempertingkatkan enjin AI mereka yang dijangka akan membantu mengoptimumkan penggunaan aplikasi dan proses latar belakang.

image 31

Untuk pengetahuan anda juga, Poco F8 Pro menggunakan HyperOS 3 iaitu sistem operasi berasaskan Android 16. Ini menjadikannya yang pertama dipasarkan dengan HyperOS 3 di Malaysia terus daripada kotak tanpa perlu dikemaskini terlebih dahulu.

Versi baharu ini menampilkan antaramuka segar, prestasi lebih responsif, serta ciri kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkat melalui HyperAI, termasuk fungsi penulisan, pertuturan, carian, terjemahan, serta paparan dinamik seperti Dynamic Wallpapers dan Cinematic Lock Screen.

Kamera

POCO F8 Pro hadir dengan rekaan sistem tiga kamera yang direka untuk memberi prestasi konsisten dalam pelbagai keadaan. Kamera utama 50MP menggunakan sensor Light Fusion 800 dengan OIS untuk menghasilkan imej stabil dan terperinci. 

image 29

Lensa telefoto 50MP pula menawarkan jarak fokus setara 60mm yang sesuai untuk potret dan subjek jauh, manakala kamera ultra-lebar 8MP melengkapkan fleksibiliti penggambaran. Harus dinyatakan lensa telefoto tidak dilengkapi sistem OIS. Pilihan yang agak aneh memandangkan majoriti peranti dalam kelas yang sama kini menyertakan OIS pada kamera sudut lebar dan telefoto sebagai standard.

image 32

Untuk swafoto, kamera hadapan 20MP memberi hasil yang jelas dan seimbang. Sistem kamera telefon ini lebih menekankan kawalan warna yang stabil, prestasi cahaya rendah yang lebih baik dan butiran yang tidak keterlaluan.

Berikut adalah hasil gambar yang dirakam menggunakan Poco F8 Pro.

Poco F8 Pro Pic A
Poco F8 Pro Pic B
Poco F8 Pro Pic C
Poco F8 Pro Pic D

BATERI

Poco F8 Pro Pic Zum 0.6
Poco F8 Pro Pic Zum 1x
Poco F8 Pro Pic Zum 5X

Bercakap mengenai kapasiti bateri pula, POCO F8 Pro dilengkapi dengan bateri bersaiz 6210mAh, ia jauh lebih besar daripada kebanyakan model mercu semasa. Dalam penggunaan harian, bateri mampu bertahan lama walaupun digunakan untuk tugasan yang berat.

image 33

Untuk model kali ini juga, POCO dilihat menampilkan teknologi pengecasan 100W HyperCharge yang membolehkan peranti dicas penuh dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, ia turut menyokong pengecasan nirwayar berbalik 22.5W yang dijangka akan kemudahan tambahan untuk mengecas aksesori seperti fon telinga dan juga jam tangan pintar.

DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.

  • 1x Poco F8 Pro
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Pengecas 100W USB-A.
  • 1x Kerangka
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.
image 34

Kesimpulan

Secara keseluruhan, POCO F8 Pro tampil sebagai sebuah peranti mercu mampu yang menawarkan kombinasi prestasi tinggi, skrin berkualiti, ketahanan bateri luar biasa dan sistem audio Bose. Pengalaman awal tidak mengecewakan dan walaupun cip yang digunakan sudah berusia lebih setahun, ia masih menawarkan prestasi yang cukup memuaskan.

image 26

Di Malaysia Poco F8 Pro dijual pada harga RM 2499 untuk model 12/256GB dan RM 2699 untuk model 12/512GB. Tetapi sempena pelancarannya, ia ditawarkan pada harga RM 2199 dan RM 2299 yang sangatlah mampu milik untuk peranti dengan Snapdragon 8 Elite. Pembeli awal turut menerima hadiah percuma Pad SE 8.7 (6GB+128GB) bernilai RM499.



Source link