Malaysia Oversight

Panasonic Perkenalkan Dua Kamera Bingkai Penuh Nircermin Baharu – LUMIX S1II Dan LUMIX S1IIE

By Amanz in May 14, 2025 – Reading time 2 minute
Panasonic Perkenalkan Dua Kamera Bingkai Penuh Nircermin Baharu – LUMIX S1II Dan LUMIX S1IIE


Fotografi

Panasonic Perkenalkan Dua Kamera Bingkai Penuh Nircermin Baharu – LUMIX S1II Dan LUMIX S1IIE

May 14, 2025

Amy Maizuraa

Panasonic telah memperkenalkan LUMIX S1II dan S1IIE, iaitu dua kamera bingkai penuh nircermin baharu dan direka khas untuk jurugambar profesional. Kedua-dua kamera ini mempunyai reka bentuk yang tahan lasak di samping menawarkan ciri-ciri canggih seperti mod rakaman bingkai penuh, julat dinamik yang luas serta sistem autofokus Phase Hybrid AF dengan keupayaan penjejakan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

LUMIX S1II 2

Model LUMIX S1II dilengkapi dengan sensor CMOS bingkai penuh beresolusi 24.1MP sementara itu LUMIC SIIE pula menggunakan sensor 24.2MP yang diinspirasikan daripada keupayaan prestasi LUMIX S5II. SII memberi tumpuan kepada keupayaan rakaman berkualiti tinggi dengan sokongan rakaman video 5.1K pada 60 bingkai sesaat serta 4K120P/5.8K60P.

Selain itu, ia turut menyokong rakaman berkelajuan tinggi 70fps dalam mod pengatup elektronik “SH/SH PRE”. Bagi model LUMIX SIIE pula, ia lebih mengutamakan rakaman beresolusi tinggi dengan keupayaan rakaman sehingga 6K pada 30 bingkai sesaat (3:2) serta julat dinamik lebih 14 hentian dalam mod rakaman video V-Log.

LUMIX S1II 1

Kedua-dua kamera turut dilengkapi dengan ARRI LogC3, ProRes RAW HQ dan sistem penstabilan imej dengan keupayaan 8 hentian bagi rakaman yang lebih stabil. Kamera ini juga menyokong slot kad SD/CFexpress Type B, sistem EVF 5.76 juta titik, serta skrin boleh condong bagi memberikan kebebasan semasa digunakan. Kamera-kamera ini dijadualkan mula dijual pada bulan Jun menerusi kedai rasmi Panasonic.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link