Malaysia Oversight

Palmer Luckey Mahu Membangunkan Dan Menjual Komputer Keluaran Amerika Syarikat

By Amanz in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
Palmer Luckey Mahu Membangunkan Dan Menjual Komputer Keluaran Amerika Syarikat



image 126

Nama Luckey Palmer mungkin tidak sepopular Elon Musk ataupun Tim Cook apabila bercakap mengenai dunia teknologi, tetapi beliau juga merupakan seorang jutawan yang merupakan nama disebalik syarikat-syarikat teknologi yang dikenali hari ini, seperti Oculus (yang kini dimiliki Facebook) yang membangunkan peranti realiti maya Oculus Rift dan syarikat pembangun teknologi pertahanan Anduril Industries.

Dengan Amerika mengenakan tarif baru keatas produk-produk teknologi yang dibawa masuk kedalam negara tersebut, beliau mendapat ilham untuk membangunkan siri komputer yang dibangunkan khusus dengan tenaga kerja dan komponen yang dibangunkan khusus dari Amerika Syarikat.

Menggunakan nama Anduril, beliau telah bertanya di acara Reindustrialize Summit di Amerika Syarikat kepada para penonton jika mereka sanggup membayartanda harga 20 peratus lebih tinggi daripada penawaran yang dibina menggunbakan komponen dan tenaga kerja yang disumberkan dari kilang di .

Beliau kemudiannya menanyakan soalan yang sama kepada pengikut di Twitter, dan dengan hampir 80 ribu undian, ramai daripada mereka mengatakan bahawa mereka sanggup membayar tanda harga yang lebih mahal untuk produk sedemikian.

Pasaran Amerika Syarikat mempunyai label Made in USA, yang memerlukan sebuah produk tersebut untuk dihasilkan sepenuhnya di Amerika Syarikat, menggunakan komponen dan bahan yang juga dihasilkan sepenuhnya di Amerika Syarikat menggunakan tenaga kerja di negara tersebut juga.

Perkara ini cukup menarik kerana kebanyakan komponen yang dihasilkan hari ini rata-rata berasal dari ataupun pasaran lain di luar Amerika Syarikat. Intel dan TSMC dilihat telahpun mula bertapak di Amerika Syarikat untuk mengurangkan kebergantungan hasil cip semikonduktor dari luar, tetapi untuk bahagian-bahagian lain, mendapatkan sumber domestik dilihat antara cabaran paling sukar untuk sebuah produk elektronik dihasilkan di Amerika Syarikat sepenuhnya.

Anduril Industries juga merupakan sebuah syarikat pembangun teknologi pertahanan yang lebih dikenali untuk produk seperti dron ketenteraan dan sebagainya. Ia agak menarik untuk melihat bagaimana syarikat sedemikian mahu bercabang kepada mengeluarkan produk untuk pengguna biasa.



Source link