Malaysia Oversight

Oppo Watch X2 Mini Ditawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM999

By Amanz in July 1, 2025 – Reading time 2 minute
Oppo Watch X2 Mini Ditawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM999


Oppo Watch X2 Mini kini rasmi di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM999 (Nebula Black) dan RM1099 (Glimmer Gold). Direka khas untuk pengguna yang mengutamakan gaya moden dalam saiz lebih kecil, jam tangan ini tampil minimalis dan sesuai untuk mereka yang menggemari penampilan ringkas tetapi bergaya.

Oppo Watch X2 Mini MY 2

Watch X2 Mini hadir dengan skrin AMOLED 1.32″ bersama resolusi 466 × 466 piksel dan kecerahan puncak 1000 nits. Skrin ini bukan sahaja mampu menawarkan kandungan yang terang malah sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Watch X2 Mini dikuasai oleh cip Snapdragon W5 Gen 1 bersama memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB, serta tambahan 4GB khusus untuk sistem RTOS.

Oppo Watch X2 Mini MY

Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh Watch X2 Mini termasuklah penjejakan kadar degupan jantung, paras oksigen dalam darah (SpO₂), serta pemantauan risiko masalah pernafasan. Selain itu, jam ini turut menampilkan paparan muka jam bertemakan haiwan comel yang akan diselaraskan secara automatik mengikut tahap tekanan dan status emosi pengguna. Dengan hanya mengangkat pergelangan tangan, pengguna boleh menerima sapaan mesra daripada rakan maya pada jam tersebut.

Oppo Watch X2 Mini MY 4 edited

Selain itu, Watch X2 Mini membantu pengguna untuk lebih peka terhadap tahap tekanan mereka dengan memantau HRV (Heart Rate Variability), kadar degupan jantung rehat serta pelbagai data biometrik lain. Jam ini bukan sahaja menjejaki tekanan sepanjang hari malah turut memberi peringatan masa nyata agar pengguna dapat mengambil masa untuk berehat apabila perlu.

IMG 1132

Watch X2 Mini turut dilengkapi dengan GPS terbina yang memudahkan penjejakan lokasi tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar. Ia juga menyokong NFC serta bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari dengan penggunaan biasa. Reka bentuknya yang tahan lasak melepasi penarafan IP68 dan 5ATM yang sesuai untuk kegunaan harian dalam pelbagai keadaan cuaca.

Oppo Watch X2 Mini 11

Watch X2 Mini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Glimmer Gold dan Nebula Black. Pratempahan telah dibuka sehingga 11 Julai 2025. Menariknya, pelanggan yang membeli jam tangan ini bersama mana-mana peranti dalam siri Oppo Reno14 akan menerima rebat segera sebanyak RM50 sebagai tawaran promosi pelancaran.



Source link