Malaysia Oversight

Oppo Reno15F Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 6 Gen 1 Dan Bateri 7000mAh

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Oppo Reno15F Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 6 Gen 1 Dan Bateri 7000mAh


Oppo Reno15F Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 6 Gen 1 Dan Bateri 7000mAh

January 5, 2026
Oppo

Amy Maizuraa

Oppo Reno15 F dilancarkan sebagai tambahan baharu dalam siri Reno terkini. Peranti ini mengekalkan sebahagian besar perkakasan yang menyerupai Reno14 F dengan perbezaan utama pada kapasiti bateri dan sokongan pengecasan pantas.

OPPO Reno15 F 01

Oppo Reno15 F hadir dengan skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 6 Gen 1 dengan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Bateri berkapasiti 7000mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Untuk kamera, ia menawarkan sensor utama 50MP, ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan kamera swafoto 50MP.

Peranti ini ditawarkan dalam pilihan warna Afterglow Pink, Aurora Blue dan Twilight Blue. Buat masa ini, harga jualan masih belum diumumkan. Untuk pasaran Malaysia, ia dijadualkan tiba pada 6 Januari 2026.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link