Oppo Reno14 Akan Hadir Dengan Rekaan Baharu
May 8, 2025
•
Amy Maizuraa
Oppo telah melancarkan siri Reno13 pada awal Januari lalu, dan kini hanya beberapa bulan berlalu penggantinya bakal tiba. Dikenali sebagai Oppo Reno 14, peranti ini masih mengekalkan ciri reka bentuk sama seperti pendahulunya tetapi hadir dengan beberapa kemas kini yang berbeza.

Walaupun belum dapat dipastikan sama ada model ini adalah versi standard atau pro, namun bonggol kameranya telah direka semula dengan dua bonggol utama yang disusun secara menegak. Selain itu, terdapat satu lagi bonggol kecil bersebelahan yang menempatkan satu sensor, LED Flash, dan satu lagi elemen pencahayaan yang menyerupai Aura Light seperti yang terdapat pada peranti beberapa vivo.

Reka bentuk peranti ini sepenuhnya rata termasuk bahagian belakang, sisi, dan skrin hadapan. Skrin hadapan pula mempunyai lubang kamera serta bezel yang seimbang digunakan untuk paparan yang lebih kemas dan moden.
Dari segi pilihan warna, Reno 14 bakal hadir dalam tiga pilihan iaitu hijau, hitam, dan putih. Maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini dijangka didedahkan dalam masa terdekat, sementara menunggu pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 15 Mei 2025.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.