Oppo Reno 15 Dan Reno 15 Pro Dilancarkan Dengan Kamera 200MP
Amy Maizuraa
Oppo telah melancarkan telefon pertengahan premium terbaharunya iaitu siri Reno15 yang hadir dengan peningkatan pada kamera serta kapasiti bateri. Seperti kebiasaannya, dua model ditawarkan iaitu Oppo Reno15 dan Oppo Reno15 Pro dengan kemasan serba baharu bermotifkan reben yang comel.

Oppo Reno15 hadir dengan skrin bersaiz 6.32 inci yang menawarkan resolusi 2640 × 1216 piksel, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 1800 nits.
Peranti ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8450 bersama memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 3.1 manakala baterinya berkapasiti 6200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.
Sistem kamera pula terdiri daripada kamera utama 200MP sudut lebar dengan sokongan OIS, diikuti ultra-lebar 50MP serta telefoto 50MP yang masing-masing turut menyokong OIS.

Sementara itu, Oppo Reno 15 Pro hadir dengan skrin berukuran 6.78 inci yang menawarkan resolusi 2772 × 1272 piksel serta kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8450 bersama memori 16GB RAM dan storan dalaman 1TB manakala baterinya berkapasiti 6500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W.
Untuk fotografi, ia menampilkan kamera sudut-lebar 200MP dengan OIS di samping ultra-lebar 50MP dan telefoto 50MP yang masing-masing turut menyokong OIS. Sistem kamera juga menyokong sehingga 3.5x zum optikal serta sehingga 120x zum digital.

Kedua-duanya hadir dengan kerangka logam bersama perlindungan IP66/IP68/IP69 di samping sistem pembesar suara stereo, pemancar inframerah dan pengimbas cap jari dalam skrin. Kesemuanya juga menjalankan sistem operasi Android 16 bersama antaramuka terkini ColorOS 16.
Harga jualan bermula pada RMB2,999 (~RM1,759) untuk Reno 15 manakala Reno 15 Pro ditawarkan pada RMB3,699 (~RM2,171).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






