Malaysia Oversight

Oppo Pad 5 Berharga Bermula RM1699 Di Malaysia

By Amanz in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Oppo Pad 5 Berharga Bermula RM1699 Di Malaysia


Oppo Pad 5 Berharga Bermula RM1699 Di Malaysia

January 6, 2026
Oppo

Amy Maizuraa

Oppo Pad 5 turut dilancarkan hari ini sebagai tablet baharu Oppo untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan skrin jenis ‘Matte Display’ yang direka bagi memberikan keselesaan pada mata khususnya ketika digunakan dalam tempoh yang panjang. Dari segi spesifikasi, ia sesuai untuk kerja, pembelajaran dan hiburan harian.

Oppo Pad 5 MY 1
4944

Oppo Pad 5 hadir dengan skrin 12.1″ LCD beresolusi 2.8K serta kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7300-Ultra dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Sambungan yang ditawarkan merangkumi WiFi dan 5G manakala bateri 10050mAh turut menyokong pengecasan pantas 33W SUPERVOOC. Untuk kamera, ia menyediakan sensor beresolusi 8MP di bahagian hadapan dan belakang.

4876
4880
4879

Bagi yang berminat, Oppo Pad 5 (Matte Display Edition) ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM1699 untuk versi WiFi manakala versi dengan sokongan 5G dijual pada harga RM2199.

4962



Source link