Malaysia Oversight

OpenAI Sedang Membangunkan Model AI Audio Baharu Untuk Perbualan Lebih Semula Jadi

By Amanz in January 2, 2026 – Reading time 1 minute
OpenAI Sedang Membangunkan Cermin Mata, Speaker, dan Pin Pintar


OpenAI Sedang Membangunkan Model AI Audio Baharu Untuk Perbualan Lebih Semula Jadi

January 2, 2026
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Tahun ini akan melihat pelancaran semakin banyak peranti kecerdasan buatan (AI) natif dan cermin mata pintar dengan kesemuanya dikawal dengan suara. Jika anda kerap menggunakan Siri dan Gemini, anda pasti akan mengakui mod perbualan dua pembantu maya ini masih kedengaran robotik tidak seperti manusia sebenar. The Information pagi ini melaporkan OpenAI sedang membangunkan model AI audio baharu yang akan membolehkan perbualan lebih semula jadi dilakukan.

OpenAI
OpenAI

Model AI baharu ini akan dilancarkan sekitar bulan Mac dengan senibina baharu. Pembangunan diketuai oleh Kundan Kumar yang sebelum ini bertugas di Character.AI Inc. Menerusi model baharu ini bukan sahaja perbualan lebih semula jadi, tetapi pembantu mata OpenAI kelak boleh melakukan perbualan dua hala berterusan dengan lebih lancar

Usaha membangunkan model AI audio yang lebih baik ini dimulakan kerana produk fizikal pertama OpenAI akan bergantung sepenuhnya kepada arahan suara. Ada yang mengatakan ia seakan sebuah AirPods tanpa skrin, cermin mata pintar dan juga laporan mengatakan ia sebatang pena pintar. Yang pasti ia tidak akan mempunyai skrin yang memerlukan pemilik menaip.



Source link