Malaysia Oversight

OpenAI Perkenal Model GPT 5.1 Melalui ChatGPT

By Amanz in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Perkenal Model GPT 5.1 Melalui ChatGPT


OpenAI Perkenal Model GPT 5.1 Melalui ChatGPT

November 14, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI kini telah mengemaskini penawaran model kecerdasan buatan janaan mereka, dimana pengguna berbayar kini telah mula menerima akses kepada model GPT 5.1. Seperti biasa, OpenAI menjanjikan sejumlah penambah-baikkan pada model ini berbanding sebelumnya.

GPT 5.1 dikatakan lebih mesra untuk perbualan, dan hadir dalam dua variasi, iaitu “Instant” dan “Thinking”. Ia dikatakan menawarkan personaliti lebih baik untuk perbualan – mungkin juga menjadikannya salah satu sebab kenapa OpenAI perkenal sokongan perbualan berkumpulan padanya selari pengenalan GPT 5.1.

Disamping itu, ia dikatakan model ini menawarkan sokongan penaakulan lebih baik, selain menyelesaikan tugasan dengan lebih pantas. Kemaskini ini juga turut menawarkan sejumlah pilihan personaliti menarik membolehkan ia berinteraksi berdasarkan personaliti yang dipilih dan ditetapkan pengguna – seperti ceria, berjenaka, profesional, dan lain-lain.

OpenAI Personaliti

Bagi anda yang melanggan ChatGPT, anda sudah boleh mengakses GPT 5.1, dan ia dijangka diperluaskan kepada pengguna percuma tidak lama lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link