OpenAI Perkenal Codex – Agen AI Yang Dioptimasikan Untuk Tugasan Pengaturcaraan
May 17, 2025
•
Aman
OpenAI hari ini memperkenalkan sebuah penawaran baharu dinamakan Codex. Codex merupakan jawapan OpenAI untuk menggunakan AI dalam pengaturcaraan. Ia menggunakan model kecerdasan buatan o3 yang dioptimasikan khusus untuk tujuan pengaturcaraan dan kejuruteraan perisian.

OpenAI mengatakan Codex menghasilkan kod-kod yang lebih kemas dan selari dengan permintaan pengguna, berbanding model o3. Model ini juga turut akan melakukan ujian ke atas kod yang dibangunkan supaya melepasi ujian dan berjalan lancar selari permintaan pengguna.
Buat masa ini, Codex hanya ditawarkan untuk pelanggan ChatGPT Pro, ChatGPT Team dan juga ChatGPT Enterprise. Penawaran untuk ChatGPT Plus dijangka akan diperluaskan kelak. Ia turut boleh dihubungkan bersama GitHub, sekaligus memudahkan lagi proses pengurusan kod anda. Menggunakan Codex, OpenAI menyasarkan sejumlah tugasan dapat diselesaikan dengan lebih pantas, yang mana biasanya mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini terdapat beberapa penawaran khusus untuk penggunaan AI dalam pengaturcaran, termasuk salah satu yang popular adalah Cursor. OpenAI sendiri sebelum ini diperkatakan sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih Windsurf, sebuah lagi penawaran lebih kurang sama.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.