Malaysia Oversight

OpenAI Perkenal ChatGPT Health – Memudahkan Anda Lebih Memahami Berkenaan Kesihatan

By Amanz in January 8, 2026 – Reading time 1 minute
OpenAI Perkenal ChatGPT Health – Memudahkan Anda Lebih Memahami Berkenaan Kesihatan



ChatGPT Health

OpenAI Perkenal ChatGPT Health – Memudahkan Anda Lebih Memahami Berkenaan Kesihatan

January 8, 2026
Kecerdasan Buatan

Aman

Salah satu perkara yang sering ditanya dan dirujuk kepada ChatGPT adalah pelbagai pertanyaan berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan. Kini, dalam memberikan fokus khusus terhadapnya, OpenAI telah memperkenalkan sebuah tab khusus dinamakan ChatGPT Health. Buat masa ini, ciri ini sedang diuji secara terhad dan dijangka diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.

Melalui tab berkenaan, ia boleh menjawab pelbagai pertanyaan berkaitan kesihatan, analisa dan yang berkaitan. Pengguna turut boleh memuat-naik rekod kesihatan mereka, disamping menghubungkan aplikasi seperti MyFitnessPal dan juga Health.

OpenAI turut menekankan mereka tidak akan menggunakan sebarang data pengguna dalam melatih model mereka, dan tab berkenaan akan mempunyai perlindungan privasi tambahan. Pada masa yang sama, OpenAI juga turut menekankan yang mana ia bukanlah bertujuan untuk penggunaan bagi perubatan atau diagnosis.

Ia tidak diketahui sama ada pengguna akan selesa memuat-naik rekod kesihatan dan yang berkaitan ke perkhidmatan ChatGPT atau tidak. Seperti biasa, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga privasi anda, dan tidak sewenang-wenangnya memuat-naik data peribadi ke sebarang perkhidmatan, serta rujuk pakar perubatan untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link