Malaysia Oversight

OpenAI Menangguh Ciri Pengiklanan dan Ejen Dalam ChatGPT Kerana Ancaman Gemini

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Menangguh Ciri Pengiklanan dan Ejen Dalam ChatGPT Kerana Ancaman Gemini


OpenAI Menangguh Ciri Pengiklanan dan Ejen Dalam ChatGPT Kerana Ancaman Gemini

December 3, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Ulang tahun pelancaran ChatGPT yang ketiga adalah pada 30 November lalu. Sekelip mata landskap dunia pendidikan, media, seni dan penggunaan media sosial berubah sekelip mata dengan tidak semuanya positif. ChatGPT menjadi sangat sinonim dengan AI seperti mana Google sinonim dengan carian web. Tetapi dominasi ChatGPT kini diancam perkhidmatan lain khususnya Google Gemini dan Anthropic Claude.

ChatGPT

Menurut laporan terkini The Information, Sam Altman telah menghantar memo “kod merah” kepada kakitangan OpenAI untuk meningkatkan kemampuan produk keluaran syarikat disebabkan ancaman ini. Oleh itu ciri baharu seperti iklan, ejen membeli-belah dan kesihatan dan pembantu peribadi Pulse kini ditangguhkan seketika bagi memberi tumpuan kepada peningkatan ChatGPT.

Ciri utama seperti kelajuan, keupayaan untuk menjawab lebih banyak soalan, kepercayaan dipertingkatkan dan pemperibadian lebih baik perlu dipertingkatkan. Untuk menjayakan usaha ini, Altman menggalakkan pasukan di dalam OpenAI berpindah untuk mempercepatkan pembangunan.

Selain isu produk yang kini tidak lagi unik dibandingkan dengan yang ditawarkan oleh pesaing, OpenAI juga perlu berhadapan isu syarikat masih belum mencatatkan sebarang keuntungan. Aplikasi Sora mislanya dianggarkan menyebabkan kerugian $15 juta sehari kerana memberikan janaan percuma. Puluhan projek pusat data Stargate pula memerlukan pelaburan bertrilion Dolar dengan syarikat tidak mempunyai dana untuk meneruskannya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link