OpenAI Ingin Menambah Ciri Pembayaran Di ChatGPT Untuk Urusan Jual-Beli
July 16, 2025
•
Aman
OpenAi kini dilaporkan dalam perancangan untuk menambah-baik ciri dagangan pada platform mereka. Pada hari ini, OpenAI sedia menawarkan ciri paparan produk, dan seterusnya membawa kepada laman berkaitan untuk menyelesaikan urusan jual beli.
Namun, perkara ini tidak begitu menguntungkan bagi pihak OpenAI. Menyedarinya, kini OpenAI dilaporkan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan ciri pembayaran terus di ChatGPT, sekaligus memastikan urusan jualan berlaku di platform tersebut.

OpenAI dilaporkan telah mula mempersembahkan idea ini kepada beberapa peruncit, dan meminta mereka menyertainya sebagai salah satu persediaan untuk melancarkan ciri berkenaan.
Langkah ini juga dijangka akan membolehkan OpenAI menjana lebih pendapatan, dan untuk pengguna pula mungkin akan lebih yakin kerana urusan terus berlaku pada platform ChatGPT.
ChatGPT pada hari ini sedia mempunyai ciri memori dalam menyimpan pilihan dan keperluan seseorang pengguna – sekaligus akan membolehkan mereka mempersembahkan produk yang lebih selari untuk seseorang pengguna.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.