Malaysia Oversight

OpenAI, Anthropic, dan Block Menubuhkan AAIF Untuk Menyeragamkan Piawaian Ejen AI

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI, Anthropic, dan Block Menubuhkan AAIF Untuk Menyeragamkan Piawaian Ejen AI


OpenAI, Anthropic, dan Block Menubuhkan AAIF Untuk Menyeragamkan Piawaian Ejen AI

December 10, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

OpenAI, Anthropic, dan Block telah bekerjasama menubuhkan Yayasan AI Ejentik (Agentic AI Foundation) atau AAIF bagi menyeragamkan piawaian ejen AI. Ini adalah bagi membolehkan kesemua ejen AI di masa hadapan bekerjasama antara satu lain menggunakan protokol standard. AAIF kini diletakkan di bawah Linux Foundation.

Yayasan AI Ejentik Agentic AI Foundation AAIF

Sebagai langkah pertama, Anthropic menyumbangkan Model Context Protocol (MCP), Block pula menyumbangkan goose, dan OpenAI pula menyumbangkan AGENTS.md kepada AAIF. Dengan ejen AI akan semakin berinteraksi antara satu sama lain satu piawaian standard perlu dibangunkan seperti bagaimana Linux digunakan dalam ekosistem perisian.

Walaupun baru sahaja ditubuhkan, AAIF sudahpun mempunyai senarai ahli yang besar. Ahli platinum misalnya terdiri daripada Amazon Web Services, Anthropic, Block, Bloomberg, Cloudflare, Google, Microsoft dan OpenAI.



Source link