Malaysia Oversight

OpenAI Ambil-Alih Syarikat Fokus Teknologi Kesihatan, Torch

By Amanz in January 13, 2026 – Reading time 1 minute
OpenAI Ambil-Alih Syarikat Fokus Teknologi Kesihatan, Torch


OpenAI Ambil-Alih Syarikat Fokus Teknologi Kesihatan, Torch

January 13, 2026
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI baru-baru ini telah mengumumkan pengenalan ciri kesihatan terus pada ChatGPT, melalui ChatGPT Health. Kini, selang beberapa hari, OpenAI turut mengumumkan pengambil-alihan sebuah syarikat memfokuskan teknologi kesihatan, iaitu Torch.

Torch

Torch sebelum ini membangunkan memori kesihatan bersepadu yang boleh digunakan pada pelbagai perkhidmatan kecerdasan buatan, sekaligus memudahkan pengurusan data kesihatan para pengguna.

OpenAI tidak menyatakan nilai pengambil-alihan, namun ia dianggarkan sekitar $60 juta. Dengan pengambil-alihan ini, semua pekerja Torch akan menyertai OpenAI, dan laman berkenaan kini telah memaparkan notis mereka menyertai OpenAI.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link