OnePlus Turbo 6 Bakal Diperkenal Pada Awal Januari – Hadir Dengan Bateri 9000mAh
December 30, 2025
OnePlus
Aman
OnePlus China kini mengacah kehadiran telefon pintar baharu mereka, OnePlus Turbo 6 untuk pasaran China, dan dijadualkan akan dilancarkan pada 8 Januari 2026. Seperti pernah dikongsikan OnePlus sebelum ini, siri “Turbo” dijangka akan memfokuskan kepada ciri “gaming” melaluinya.

Sebanyak dua variasi dijangka diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu OnePlus Turbo 6 dan juga Turbo 6V. Perbezaan penuh antara keduanya masih tidak diketahui lagi, selain daripada bahagian kamera.
Telefon ini juga akan memfokuskan sokongan bateri besar, dimana kedua-duanya dijangka menyertakan bateri berkapasiti 9000mAh. Spesifikasi lain masih belum dikongsikan lagi.


Ia juga masih tidak diketahui sama ada peranti ini akan dipasarkan di luar China atau sebaliknya.






