Malaysia Oversight

OnePlus 13s Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 5 Jun 2025

By Amanz in May 25, 2025 – Reading time 1 minute
OnePlus 13s Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 5 Jun 2025


OnePlus

OnePlus 13s Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 5 Jun 2025

May 25, 2025

Amy Maizuraa

OnePlus 13s akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun 2025 seperti yang dimaklumkan dalam kemas kini di Facebook rasmi OnePlus India. Kemas kini tersebut turut memaparkan imej peranti berkenaan yang kelihatan serupa dengan rekaan yang telah diperlihatkan sebelum ini.

OnePlus 13s Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 5 Jun 2025 1

Pengeluar telefon pintar dari itu sebelum ini telah mengumumkan bahawa OnePlus 13s ialah model eksklusif untuk pasaran India. Ia juga akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black Velvet, Pink Satin dan Green Silk. Selain itu, peranti ini juga telah disahkan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite.

Model ini tidak lagi mempunyai butang slider amaran ikonik yang selama ini menjadi ciri khas OnePlus. Sebagai ganti, peranti ini hadir dengan ‘Plus Key’ yang berfungsi seperti butang Action pada . Butang baharu ini menawarkan pelbagai kegunaan, termasuk menukar tetapan deringan, memulakan rakaman, mengambil gambar dan lain-lain.

OnePlus 13s Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 5 Jun 2025

Peranti ini juga akan menggunakan Independent Wi-Fi Chipset pertama di dunia yang bermakna sambungan internet akan menjadi lebih pantas dan stabil. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32MP untuk kualiti imej yang lebih jelas dan terperinci untuk kegunaan swafoto serta panggilan video.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link