NVLink Fusion Dilancarkan Bagi Membolehkan GPU AI NVIDIA Digunakan Dengan CPU Pengeluar Lain
May 20, 2025
•
Effi Saharudin
NVIDIA mendominasi industri komputer pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan terdapat anggaran mereka memegang lebih 80% pasaran di penghujung 2024. CPU AI dan GPU AI keluaran mereka berfungsi menggunakan sambungan NVLink bagi membolehkan jumlah data yang besar dihantar dengan pantas.
Namun begitu NVLink hanya menyokong cip keluaran NVIDIA. Semalam sempena Computex 2025, Jensen Huang mengumumkan NVLink Fusion yang akhirnya membolehkan GPU pusat data AI NVIDIA dipadankan dengan CPU yang dikeluarkan syarikat lain.

MediaTek, Marvell, Alchip Technologies, Astera Labs, Synopsys dan Cadence telah menyatakan komitmen menghasilkan cip AI yang menyokong ekosistem NVIDIA NVLink Ecosystem. Sementara itu Fujitsu dan Qualcomm pula mempunyai perancangan menghasilkan cip pusat data yang menyokong GPU NVIDIA.
Sistem NVLink Fusion ini bolehlah dilihat sebagai jawapan kepada UALink yang ditubuhkan oleh Intel, Google, Microsoft, Meta AMD, Hewlett Packard Enterprise, Broadcom and Cisco sebagai format sumber terbuka pusat data bagi bersaing dengan NVLink.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.