Malaysia Oversight

NVIDIA Menguji Aplikasi Penjejak Lokasi Cip Bagi Mengelakkan Penyeludupan

By Amanz in December 12, 2025 – Reading time 1 minute
Pengeluaran Cip NVIDIA H20 Dilaporkan Telah Dihentikan


NVIDIA Menguji Aplikasi Penjejak Lokasi Cip Bagi Mengelakkan Penyeludupan

December 12, 2025
NVIDIA
Perkakasan

Effi Saharudin

Bukan rahsia cip pemproses AI berkuasa tinggi NVIDIA diseludup masuk ke menerusi Singapura dan Johor. Ini mendatangkan isu kepada NVIDIA yang tidak ingin dikenakan tindakan oleh Amerika Syarikat. Kini muncul laporkan NVIDIA kini dilaporkan sedang menguji perisian baharu yang membolehkan mereka menjejak lokasi cip yang sedang beroperasi.

image 57

Laporan dari Reuters menyatakan bahawa NVIDIA sedang melakukan ujian rintis terhadap perisian penjejakan lokasi yang akan digunakan pada cip generasi Blackwell sahaja. Perisian ini menggunakan data telemetri dan mengukur masa pendam rangkaian di antara cip tersebut dengan pelayan NVIDIA. Dengan mengira tempoh masa yang diambil untuk data dihantar dan diterima, sistem boleh mengagak lokasi kasar di pusat data.

Buat masa ini, ciri ini dikatakan boleh dipasang pelanggan secara sukarela bagi tujuan mengumpul telemetri dan prestasi cip. NVIDIA menegaskan ia bukan aplikasi hasad dan pintu belakang seperti yang dikhuatiri . Minggu ini mereka diberikan lampu hijau menjual cip H200 kepada oleh Amerika Syarikat dengan 25% potongan jualan akan diambil .



Source link