Malaysia Oversight

NVIDIA DLSS 5 Diperlihatkan – Menjadikan Grafik Permainan Video Lebih Realistik

By Amanz in March 17, 2026 – Reading time 1 minute
NVIDIA DLSS 5 Diperlihatkan – Menjadikan Grafik Permainan Video Lebih Realistik


Selepas mengumumkan platform pusat data angkasa lepas dan sistem kenderaan swapandu Tahap 4, NVIDIA tidak lupa mengumumkan perkembangan teknologi DLSS untuk permainan video. Buat pertama kalinya NVIDIA DLSS 5 diperlihatkan dengan ia boleh mengubah grafik permainan video menjadi lebih realistik menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Dalam video demo yang diperlihatkan, wajah watak utama permainan Resident Evil 9 dan Hogwarts Legacy berubah menjadi seakan wajah manusia sebenar menggunakan DLSS 5. Menurut NVIDIA, pembangun boleh menetapkan bahagian mana dalam permainan video boleh dinaik taraf oleh DLSS 5. Kualiti grafik yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding ciri RTX Remix yang diumumkan dua tahun lalu.

NVIDIA DLSS 5 Resident Evil

Antara studio yang akan menyokong DLSS 5 ialah Bethesda, CAPCOM, Hotta Studio, NetEase, NCSOFT, S-GAME, Tencent, Ubisoft dan Warner Bros. Games. Permainan akan menyokongnya pula ialah AION 2, Assassin’s Creed Shadows, Black State, CINDER CITY, Delta Force, Hogwarts Legacy, Justice, NARAKA: BLADEPOINT, NTE: Neverness to Everness, Phantom Blade Zero, Resident Evil™ Requiem, Sea of Remnants, Starfield, The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered, dan Where Winds Meet.

NVIDIA DLSS 5 EA FC 25 1

DLSS 5 akan tiba pada musim luruh tahun ini hanya pada kad grafik siri RTX 50XX sahaja



Source link