NVIDIA Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Kad Grafik Gaming Sehingga 40% Kerana Kekurangan Cip Memori
Effi Saharudin
Bukan lagi rahsia harga jualan telefon pintar, tablet dan komputer akan meningkat tahun depan berikutan kekurangan bekalan cip memori disebabkan oleh permintaan sektor pusat data kecerdasan buatan (AI). Hari ini muncul pula laporan NVIDIA akan mengurangkan pengeluaran kad grafik gaming antara 30-40% pada tahun 2026 disebabkan isu memori yang sama.

Menurut laporan PCGamer, ini adalah menurut maklumat daripada forum Board Channels di China. Pengeluaran dikurangkan sehingga 40% daripada pengeluaran tahun 2025. Ini adalah sebuah lagi berita merisaukan sebelum ini muncul laporan NVIDIA tidak menjual kad grafik dengan komponen memori kepada pelanggan GPU keluaran mereka.
Sejak menjadi kuasa besar dalam penawaran cip AI, NVIDIA berjaya menjadi syarikat paling bernilai di dunia dan pada waktu yang sama perniagaan GPU untuk gaming tidak lagi menjadi tumpuan syarikat. Ia sekadar menyumbang 8.7% pendapatan NVIDIA tahun lalu.
Pengurangan pengeluaran kad grafik gaming tidak akan mendatangkan impak ke atas keuntungan syarikat dan ini akan memberikan peluang kepada AMD dan Intel untuk menarik perhatian golongan gamer untuk menggunakan produk mereka. Pada Q32025, NVIDIA memegang 92% pasaran kad grafik gaming global.






