NVIDIA Dikatakan Akan Menghentikan Pengeluaran Kad Grafik Dengan VRAM 16GB
Nazrin
Seperti yang sedia maklum, fokus NVIDIA sekarang sebagai pengeluar komponen komputer ialah untuk menghasilkan cip pemprosesan AI berkuasa yang boleh dijual kepada syarikat-syarikat yang sanggup membelinya pada harga yang dilihat tidak masuk akal.
Oleh kerana ini, mereka telah sedikit demi sedikit memperlahankan pengeluaran kad grafik gaming untuk pengguna. Sebagai contoh, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super yang sepatutnya diperlihatkan pada acara CES 2026 telah ditunda sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak, dan mungkin juga telah dibatalkan sepenuhnya.
Terkini, ia telah dilaporkan oleh laman YouTube teknologi komputer Hardware Unboxed bahawa NVIDIA telah menetapkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti sebagai “End of Life” yang bermaksud bahawa pengeluarannya akan dihentikan.

Model kad grafik tersebut hadir dengan jumlah VRAM GDDR7 sebanyak 16GB, dan menurut mereka, ASUS, salah satu daripada rakan pengeluar komponen terbesar NVIDIA mengatakan bahawa NVIDIA akan menghentikan pengeluaran kad grafik tersebut dan juga NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti dengan konfigurasi VRAM 16GB yang sama kelak.
ASUS turut mengatakan bahawa mereka tidak lagi mengeluarkan kad grafik GeForce RTX 5070 Ti ini, dan nampaknya telah mengatakan bahawa kad grafik tersebut boleh dikatakan secara ringkasnya sudah diberikan status “End of Life” ini.
Walaupun begitu, NVIDIA dilihat juga telah mengeluarkan kenyataan kepada sebuah lagi laman teknologi HardwareLuxx dari negara Jerman dan mengatakan bahawa NVIDIA akan terus mengeluarkan semua kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 mereka seperti biasa.
What changes are occurring in the GeForce ecosystem given the current memory market?
Demand for GeForce RTX GPUs is strong, and memory supply is constrained. We continue to ship all GeForce SKUs and are working closely with our suppliers to maximize memory availability.
Cumanya, bekalan memori GDDR7 yang terhad kerana pembangunan sektor AI akan menyebabkan kesukaran untuk mereka menghasilkan komponen-komponen yang diperlukan untuk mengeluarkan kad-kad grafik ini, dan ini menybabkan ia sukar untuk rakan pengeluar menghasilkan kad-kad grafik yang dimahukan.





