Malaysia Oversight

Nubia V80 Max Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM499

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
Nubia V80 Max Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM499


Nubia V80 Max mula ditawarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Peranti ini diletakkan dalam kategori permulaan asas dan direka khusus untuk kegunaan harian biasa. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM499 bagi versi 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB manakala model dengan memori 8GB RAM + 256GB ROM dijual pada RM599.

nubia V80 Max 01 MY

Nubia V80 Max menggunakan skrin LCD 6.9 inci dengan resolusi HD+ serta kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Unisoc T7250 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti ini turut dilengkapi kamera utama 50MP bersama sensor 2MP manakala swafoto pula sebesar 16MP. Bateri berkapasiti 6000mAh disediakan menyokong pengecasan berwayar 22.5W dan berbalik 10W. Lain-lain spesifikasi termasuk sokongan bluetooth 5.2, kalis air IP64 dan menjalankan MyOS 16 (berasaskan Android 16).

nubia V80 Max



Source link