Nubia Flip3 Kini Rasmi – Cip MediaTek Dimensity 7400X Dan Kamera 50MP
Amy Maizuraa
Nubia Flip3 turut dilancarkan sebagai telefon boleh katup baharu jenama berkenaan. Peningkatannya dilihat minimum berbanding model sebelumnya namun ia masih hadir dengan keunikan tersendiri.

Nubia Flip3 hadir dengan skrin utama berukuran 6.9″ yang menawarkan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia turut dilengkapi skrin sekunder AMOLED bersaiz 4″. Dari segi kamera, peranti ini menampilkan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan ultra-lebar 12MP. Selain itu, ia menawarkan kamera swafoto 32MP.

Nubia Flip3 turut dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7400X yang digandingkan bersama memori 6GB RAM serta storan dalaman 256GB. Antara ciri-ciri lain termasuk pengimbas cap jari di sisi, penarafan IP54, sokongan Bluetooth 6.0 dan NFC. Dari segi rekaan, peranti ini mempunyai berat 187gram serta ketebalan hanya 7.5 mm apabila dibuka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






