Nothing Tidak Akan Mengeluarkan Telefon Mercu Pada Tahun 2026 Ini
Aman
CEO Nothing, Carl Pei kini mengesahkan yang mana syarikat berkenaan tidak akan mengeluarkan sebarang telefon mercu pada 2026 ini. Sebaliknya, mereka akan memfokuskan kepada peranti dibawah siri A, iaitu Nothing Phone 4a, dan turut hadir dengan produk memfokuskan audio.
Nothing menyatakan Nothing Phone 3 akan kekal menjadi telefon mercu untuk tahun 2026 ini. Nothing dijangka akan terus menambah-baik penawaran sistem operasi Nothing OS, yang akan turut hadir dengan sejumlah ciri berasaskan kecerdasan buatan.

Nothing turut menekankan yang mana mereka tidak akan memfokuskan untuk mengeluarkan telefon mercu baru setiap tahun, hanya perlu mengikut jadual dan memperkenalkannya secara berkala tanpa sebarang penambah-baikan yang besar.
Perkongsian ini hadir selari dengan cabaran dalam arena peranti mudah-alih pada tahun ini yang menyaksikan peningkatan pada harga komponen, dan beberapa pengeluar sedia menyatakan akan meningkatkan harga jualan pada tahun ini. Langkah Nothing ini mungkin lebih kepada melihat perkembangan semasa industri sebelum melakukan langkah seterusnya untuk syarikat mereka.
Sementara itu, sama-sama kita nantikan pengenalan Nothing Phone (4a) oleh mereka, disamping pengenalan kemaskini sistem operasi berasaskan kecerdasan buatan oleh Nothing.






