Malaysia Oversight

Nothing Phone (3) Kini Rasmi – Snapdragon 8s Gen 4, Tri-Kamera dan Glyph Baharu

By Amanz in July 2, 2025 – Reading time 2 minute
Nothing Phone (3) Kini Rasmi – Snapdragon 8s Gen 4, Tri-Kamera dan Glyph Baharu


Nothing

Nothing Phone (3) Kini Rasmi – Snapdragon 8s Gen 4, Tri-Kamera dan Glyph Baharu

July 2, 2025

Effi Saharudin

Nothing Phone (3) kini dilancarkan secara rasmi dan seperti dijanjikan ia sebuah peranti kelas mercu dengan ia dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 4. Cip ini dipadankan dengan skrin 6.67″ AMOLED LTPO, 120Hz dan menyokong paparan HDR10+. Memori adalah sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan pula sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri pula sebesar 5150 mAh SiC. Bateri boleh dicas semula menggunakan kuasa 65W dan nirwayar pada kuasa 15W.

Nothing Phone 3 A

Tri-kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, lensa ultra sudut lebar 50MP dan lensa telefoto 50MP. Di hadapan sekali lagi sensor 50MP digunakan pada kamera swafoto. Konfigurasi tri- kamera adalah juah berbeza berbanding bonggol yang digunakan pada 3a dan 3a Pro sebelum ini. Sebuah lampu merah akan menyala pada panel belakang apabila rakaman video dilakukan.

Nothing Phone 3 C

Perubahan besar di belakang pastinya tiada lagi lampu Glyph yang digantikan dengan Glyph Matrix iaitu skrin bulat yang terdiri daripada 486 LED. Ia boleh memaparkan notifikasi, waktu, tahap bateri panggilan telefon, mempunyai beberapa permainan mini terbina yang dipanggil Glyph Toy dan banyak lagi. Butang khas berbentuk bulat untuk kawalan Glyph diletakkan di bahagian belakang.

Nothing Phone 3 D

Sebuah lagi butang Essential Key turut diletakkan di sisi kanan yang apabila ditekan boleh menyeru pembantu maya, melancarkan aplikasi rakaman audio, Essential Space dan banyak lagi. Ini menjadikan Phone (3) peranti paling banyak butang fizikal tambahan pernah kami lihat.

Sistem operasi Nothing OS 3.5 digunakan dengan ia berasaskan Android 15. Nothing akan memberikan kemas kini 5 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti. Tubuh Phone (3) juga melepasi piawaian IP68. Akhir sekali disertakan juga pengimbas cap jari bawah skrin serta sepasang speaker stereo.

Nothing Phone 3 B

Nothing Phone (3) ditawarkan dalam warna putih dan hitam pada harga $799 (~RM 3353) untuk model (12/256GB) dan $899 (~RM 3774) untuk model (16/512 GB). Sementara itu harga jualan peranti di Malaysia pula akan didedahkan di acara pelancaran tempatan pada pada 11 Julai depan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link