Malaysia Oversight

Nothing OS 4.0 Kini Ditawarkan Kepada Pengguna Secara Berperingkat

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing OS 4.0 Kini Ditawarkan Kepada Pengguna Secara Berperingkat


Nothing OS 4.0 mula ditawarkan kepada pengguna bermula dengan model Nothing Phone (3). Ia dibina berasaskan Android 16 dan dilengkapi pelbagai peningkatan untuk pengalaman penggunaan lebih pintar.

20251121 104812

Antara yang ditawarkan termasuk Live Updates melalui Glyph Interface yang memaparkan maklumat masa nyata seperti perjalanan, penghantaran dan pemasa terus pada skrin serta lampu Glyph. Seterusnya, Extra Dark Mode memberikan antara muka lebih gelap dan menjimatkan tenaga dengan sokongan awal pada aplikasi asal seperti Essential Space dan Launcher. Interaction Animations pula menjadikan setiap pergerakan lebih halus melalui Haptic Feedback, animasi buka dan tutup aplikasi yang lebih responsif.

Nothing OS 4.0 UI UX

Nothing OS 4.0 turut menambah pilihan saiz widget baharu 1×1 dan 2×1 untuk Weather, Pedometer dan Screen Time bagi membantu pengguna membina susun atur yang seimbang. Selain itu, Pop-up View membolehkan dua aplikasi terapung dibuka serentak dan dikawal dengan gerakan mudah manakala Hidden Icons memberi kebebasan menyembunyikan aplikasi daripada App Drawer.

DSC05738

Bagi pengguna Phone (3), Nothing OS 4.0 menawarkan ciri eksklusif seperti kawalan Flip to Glyph yang lebih baik, Pocket Mode yang dipertingkat serta Glyph Toys baharu termasuk Hourglass dan Lunar Cycle. Selain itu, Glyph Mirror Selfie membolehkan gambar asal disimpan sebagai tambahan dalam galeri.

Kemas kini ini dilancarkan kepada Phone (3) terlebih dahulu dan akan diperluas ke peranti Nothing serta CMF lain dalam masa terdekat.



Source link