Malaysia Oversight

Nothing Ear (3) Akan Dilengkapi Dengan Fungsi ‘Super Mic’

By Amanz in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing Ear (3) Akan Dilengkapi Dengan Fungsi ‘Super Mic’


Nothing Ear (3) Akan Dilengkapi Dengan Fungsi ‘Super

September 17, 2025
Audio
Nothing

Amy Maizuraa

Fon telinga baharu Nothing Ear (3) berkemungkinan hadir dengan fungsi komunikasi dua hala seperti walkie-talkie. Spekulasi ini timbul selepas jenama tersebut memuat naik imej promosi yang memaparkan butang ‘Talk’ pada pod pengecas Ear (3). Meskipun tiada pendedahan lanjut, ramai membuat andaian butang itu berfungsi dalam mod push-to-talk.

Nothing Ear 3 002
Nothing Ear (3) – Talk Button

Dalam perkongsian terbaharu, Nothing menyertakan kapsyen yang bertulis ‘Ear (3) with Super . Now they can hear you’.

Gambar dikongsi menunjukkan seorang pengguna memegang pod pengecas Ear (3) berhampiran mulut dengan jarinya diletakkan tepat pada butang Talk yang merujuk kepada imej promosi terdahulu.

Cara  penggunaannya pula seolah-olah dia sedang bersedia untuk bercakap lalu menguatkan andaian bahawa fon telinga ini menyokong fungsi komunikasi suara secara dua hala.

Nothing Ear 3 001

Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna dengan mereka membuat andaian tentang tujuan sebenar fungsi Super .

Ada juga spekulasi yang menyatakan bahawa fungsi tersebut mungkin boleh bantu mengurangkan bunyi hingar latar belakang secara berkesan untuk kualiti audio yang lebih jelas.

Nothing Ear 3 1
Nothing Ear (3)

Pelancaran rasmi Ear (3) dijadualkan berlangsung pada hari Khamis iaitu 18 September 2025. Maklumat lanjut mengenai penawaran fon telinga ini dijangka akan didedahkan semasa acara tersebut. Sebelum ini, Nothing turut pernah memperkenalkan ciri Smart Dial pada fon telinga mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link